MENGHAYATI HARI PALING AGUNG DI SISI ALLAH TAALA
 
ALLAH TAALA BERFIRMAN:
وَاذْكُـرُواْ اللّهَ فِـي أَيَّـامٍ مَّعْـدُودَاتٍ فَـمَن تَعَـجَّلَ فِـي يَوْمَـيْنِ فَـلاَ إِثْـمَ عَلَيْهِ
 
"DAN INGATLAH OLEH KALIAN ALLAH PADA HARI-HARI YANG TERBILANG, MAKA BARANGSIAPA YANG INGIN CEPAT BERANGKAT (DARI MINA) SESUDAH DUA HARI MAKA TIDAK ADA DOSA BAGINYA " (SURAH AL-BAQAARAH, 2:203)
ALLAH TAALA BERFIRMAN :
لِيَشْهَـدُوا مَـنَافِعَ لَهُـمْ وَيَذْكُـرُوا اسْـمَ اللَّهِ فِـي أَيَّـامٍ مَّعْلُـومَاتٍ عَلَـى مَا رَزَقَـهُم مِّـن بَهِيـمَةِ الْأَنْـعَامِ
 
"SUPAYA MEREKA MEMPERHATIKAN BERBAGAI MANFAAT BAGI MEREKA DAN SUPAYA MEREKA MENYEBUT NAMA ALLAH PADA HARI YANG TELAH DITENTUKAN ATAS REZEKI YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEPADA MEREKA BERUPA BINATANG TERNAK" (SURAH AL-HAJJ, 22:28)
 
DALAM HUBUNGAN INI. DALAM SEBUAH HADIS DARIPADA ABDULLAH BIN QURTH R.A., RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:
إنَّ أعظمَ الأيامِ عندَ اللهِ تباركَ وتعالى يومُ النحرِ ثمَّ يومُ القَّرِّ
 
MAKSUDNYA: “HARI YANG PALING AGUNG DI SISI ALLAH SUBAHANAHU WATAALA ADALAH HARI NAHAR, KEMUDIAN HARI QARR” RIWAYAT ABU DAUD (1765).
AL-NAHAR (النحر) BERMAKSUD PENYEMBELIHAN (الذبح). JUSTERU, 10 ZULHIJJAH DIJELASKAN SEBAGAI HARI AL-NAHAR KERANA DISYARIATKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH PENYEMBELIHAN HAIWAN KORBAN KEPADA YANG ADA KEMAMPUAN.
 
MANAKALA KALANGAN JEMAAH HAJI, HARI NAHAR BERMULANYA IBADAH MELONTAR DI JAMRATUL KUBRA, MENYEMBELIH BINTANG TERNAKAN YANG AFDHAL DILAKSANAKAN DI MINA, BERCUKUR ATAU BERGUNTING, MELAKUKAN TAWAF HAJI UNTUK PEROLEH TAHALLUL AWAL (HAJI IFRAD) DAN MELAKSANAKAN SAIE UNTUK PEROLEH TAHALLUL AWAL (HAJI TAMATTU').
 
MANAKALA HARI QARR ULAMA MENYATAKAN HARI 11 ZULHIJJAH ATAU HARI-HARI TASYRIQ 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH.
IA LEBIH BERSIFAT LANJUTAN KEPADA HARI NAHAR. IBADAH KORBAN DITERUSKAN SEHINGGA TERBENAM MATAHARI PADA 13 ZULHIJJAH. DAN DIPERINTAHKAN KITA MERAYAKAN SEHINGGA DIHARAMKAN UNTUK BERPUASA. ANALOGI PERAYAAN INI SEAKAN SATU KEMENANGAN KERANA MENYEMBELIH BINTANG TERNAKAN YANG BERSIFAT RITUAL KEHEBATAN IMAN NABI IBRAHIM AL-KHALIL YANG PATUH PADA JUA PERINTAH ALLAH TAALA SEHINGGA SANGGUP MENYEMBELIH ANAKNYA, NABI ISMAIL A.S.
 
JUSTERU, SUKA DISYORKAN KEPADA SETIAP YANG BERKORBAN, BISIK DI SUDUT HATI SEMOGA KITA DIKURNIAKAN IMAN SEHEBAT NABI IBRAHIM A.S. NAMUN KITA MERAYU JANGAN DIUJI SEPERTI UJIAN YANG DILALUI OLEH NABI IBRAHIM A.S.
DALAM PADA ITU, JEMAAH HAJI PULA MENERUSKAN IBADAH WAJIB HAJI ANTARANYA BERMABIT DI MINA DAN MELAKUKAN LONTARAN KETIGA-TIGA JAMRAH IAITU JAMARAHTUL SUGHRA, WUSTHA DAN KUBRA.
 
PADA JEMAAH HAJI, HARI TASYRIQ MERUPAKAN SATU KEMENANGAN BESAR BUKAN SAHAJA BERKORBAN TETAPI BERJAYA MENYEMPURNAKAN TUNTUTAN RUKUN ISLAM YANG KELIMA YANG WAJIB SEKALI SEUMUR HIDUP YANG ADA KEMAMPUAN.
SETERUSNYA, HARAPAN JEMAAH HAJI DAN KITA SEMUA MENJADI HAMBA ALLAH TAALA YANG SEBENAR.
ALLAH TAALA BERFIRMAN:
 
فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ (٢٠٠) وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (٢٠١) أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (٢٠٢) وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (٢٠٣)
 
BERMAKSUD: "APABILA KAMU TELAH MENYELESAIKAN IBADAH HAJI, MAKA BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH, SEBAGAIMANA KAMU MENYEBUT-NYEBUT NENEK MOYANG KAMU, BAHKAN BERZIKIRLAH LEBIH DARI ITU. MAKA DI ANTARA MANUSIA ADA YANG BERDOA, “YA TUHAN KAMI, BERILAH KAMI (KEBAIKAN) DI DUNIA,” DAN DI AKHIRAT DIA TIDAK MEMPEROLEH BAHAGIAN APA PUN" (SURAH AL-BAQARAH, 2 : 200)
 
"DAN DI ANTARA MEREKA ADA YANG BERDOA, “YA TUHAN KAMI, BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN LINDUNGILAH KAMI DARI AZAB NERAKA.” (SURAH AL-BAQARAH, 2 : 201)
"MEREKA ITULAH YANG MEMPEROLEH BAHAGIAN DARI APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN, DAN ALLAH MAHA CEPAT PERHITUNGANNYA." (SURAH AL-BAQARAH, 2 : 202)
 
DARIPADA,
USTAZ AZLAN SUHAIMI