Image Banner

WEBINAR SERANTAU

Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua pengusaha/mudir/guru maahad tahfiz.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan dalam perlindungan Allah S.W.T.

WEBINAR SERANTAU: KELESTARIAN PENGAJIAN TAHFIZ PASCA PANDEMIK COVID 19

Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), dan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dengan penglibatan dan pembentangan panel oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Yayasan Pahang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan WEBINAR SERANTAU: KELESTARIAN PENGAJIAN TAHFIZ PASCA PANDEMIK COVID-19.

Program ini menggariskan beberapa objektif seperti membina kelestarian Institusi Tahfiz dan daya tahan sustain Institusi Tahfiz mendepani arus perdana pendidikan negara dan memperkasa bidang pendidikan serta pengajian tahfiz dengan menggubal dasar Jaminan Kualiti Pengajian Tahfiz.

Program ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📍 Tarikh : 22 September 2021

📍 Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang

📍 Pendaftaran Peserta : KLIK SINI

*Link Pra-Webinar akan diperolehi selepas pendaftaran dilakukan.

Setiap Maahad Tahfiz boleh menghantar 3 orang wakil (2 orang dari maahad tahfiz,seorang wakil PIBG) bagi menyertai program ini. e-Sijil disediakan bagi setiap pendaftaran.

Webinar ini juga boleh dilayari melalui pautan 🎥Live Streaming Youtube (USASTV Media)
dan 📘Facebook (Universiti Sultan Azlan Shah) (Permata al-Quran)* (Istitut Kemahiran Islam Darul Ridzuan - IKDAR)

LAGI

PROGRAM TAHFIZ TVET

Tawaran Kemasukan ke Program Kemahiran Teknologi Kompentesi Kimpalan
 
PELUANG kepada para pelajar Tahfiz dalam Program Tahfiz TVET
 
1. Teknologi Kimpalan (Persijilan) selama 3 bulan dan penyambungan ke peringkat Diploma tahap 4 dan 5
2. Tanpa kelayakan SPM
3. Berumur 17 tahun ke atas
4. Mempunyai Hafalan 10 Juz
 
Berminat, sila hubungi:
 
Ust Ismail
0135298595
 
Ust Syafik
0135047794
 
Tarikh kemasukan program pada:
 
04 Oktober 2021
 
Permohonan sebelum:
 
30 Sept 2021
 
Whatsapp maklumat berikut:
 
1. Nama
2. No K/P
3. Alamat
4. No. Tel
5. Bilangan Juz
 
Tawaran terhad kepada 20 orang sahaja
LAGI

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PROGRAM PENGIKHTISASAN PERGURUAN TAHFIZ DILANJUTKAN

PROGRAM PENGIKHTISASAN PERGURUAN TAHFIZ (PPPT) NEGERI PERAK BAGI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM 3) PENGAJARAN TAHFIZ MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENGALAMAN TERDAHULU -PPT

Anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

"Menjelang Tahun 2022 atau 2023, disyaratkan mana-mana madrasah atau Maahad Tahfiz Al-Quran mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru tahfiz yang telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Pengajaran Tahfiz."

📆Tempoh pengajian: 4 bulan (2 hari sebulan pada hujung minggu)
🗣️Pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian
🏙️Tempat : IPOH/Secara Online
💰Yuran : Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh JAIPk

Syarat-syarat permohonan:
📍Hendaklah berusia 21 tahun ke atas.
📍Warganegara Malaysia
📍Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 10 juzuk (Juzuk 30, 1-9). (sertakan dokumen sokongan)
📍Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang tahfiz atau pengajian al-Quran (sertakan dokumen sokongan)
📍Boleh menggunakan asas komputer

📍 Permohonan boleh dibuat melalui link berikut : BORANG PERMOHONAN

📍Tarikh tutup permohonan : 10 September 2021 (Jumaat)

➡️Permohonan dibuka kepada guru-guru Maahad Tahfiz Swasta di negeri Perak sahaja

➡️ DIWAJIBKAN bagi semua Maahad Tahfiz Swasta di negeri Perak untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang guru tahfiz.

📍Calon yang berminat boleh menghubungi wakil PEMATAP:
Ustaz Faizal di talian 010-312 7795

LAGI

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YAB MB PERAK

Setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Haji Saarani bin Mohamad atas Bantuan Khas RM3.5 Juta Kepada Maahad Tahfiz Swasta Perak yang diumumkan pada 30 Ogos 2021 dalam Persidangan Keempat, Mesyuarat Pertama Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Negeri Perak Darul Ridzuan.

LAGI

KENYATAAN MEDIA 30 OGOS 2021 (BANTUAN RM3.5 JUTA KEPADA MAAHAD TAHFIZ SWASTA DI NEGERI PERAK)

1) Pada 24 Ogos 2021 yang lalu, Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak (PEMATAP) telah mengeluarkan kenyataan media bahawa “60 Buah Maahad Tahfiz Al Quran Swasta Negeri Perak Di Ambang Kritikal Menjelang September 2021.”

2) Pada hari ini, 30 Ogos 2021, dalam ucapan sesi penggulungan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Haji Saarani bin Mohamad dalam Persidangan Keempat, Mesyuarat Pertama Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengumumkan bantuan RM3.5 juta kepada Maahad Tahfiz Al Quran Swasta Negeri Perak.

3) Perincian bantuan RM3.5 juta adalah seperti yang berikut:

i. RM10,000 bantuan pengurusan kepada setiap maahad tahfiz.
ii. RM200 berasaskan bilangan murid sebagai bantuan tambahan pengurusan maahad tahfiz.
iii. RM1000 bantuan one off kepada setiap seorang guru.

4) Y.A.B. Menteri Besar juga telah mengumumkan tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri demi memperkasakan kualiti pendidikan tahfiz iaitu:

i. Mewujudkan Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP).
ii. Menyediakan pelbagai kursus bagi membantu pihak sekolah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru bagi menyampaikan pengajaran di maahad tahfiz.
iii. Menyediakan peluang kepada guru dan pelajar untuk menyambung pelajaran di Pusat Pengajian Tinggi melalui Program Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu dan Fast Track di Universiti Sultan Azlan Shah.
iv. Mengadakan Kursus Latihan Perguruan anjuran bersama Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan yang akan dilaksanakan selama 4 bulan bertaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Pengajaran Tahfiz.
v. Mengadakan latihan berasaskan kemahiran di bawah program Techno Hafiz bagi membangunkan generasi hafiz yang bukan sahaja mampu menghafaz al Quran, malah turut mempunyai kemahiran yang turut boleh dimanfaatkan selepas tamat pengajian.

5) PEMATAP menyifatkan bantuan khas RM 3.5 juta kepada Institusi Tahfiz Perak sebagai bukti kepimpinan negeri begitu prihatin kepada perkembangan yang sedang dihadapi oleh Maahad Tahfiz Al Quran (MTAQ) Perak.

6) Bantuan pengurusan RM 10,000 memberi kelegaan kepada MTAQ Perak khususnya kepada 60 buah MTAQ yang dijangka tidak mampu untuk meneruskan operasi mulai September 2021.

7) Bantuan one off sebanyak RM 1000 kepada semua guru MTAQ juga telah meringankan lagi bebanan pengurusan untuk pembiayaan gaji guru-guru.

8) Bantuan tambahan pengurusan berasaskan bilangan murid dengan kadar PERKAPITA sebanyak RM 200 setiap murid juga meringankan tanggungan pihak pengurusan dan pentadbiran maahad tahfiz pada waktu ini.

9) Berkaitan program menambahkan kualiti pendidikan tahfiz, pihak PEMATAP sentiasa memberi cadangan dan kerjasama kepada kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk). Usaha baik ini diharap mendapat tindak balas sepenuhnya daripada semua pengurusan dan pengetua MTAQ.

10) Justeru, PEMATAP merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Haji Saarani bin Mohamad atas keprihatinan dan bantuan yang telah diumumkan.

Sekian, terima kasih.


BERSAMA KITA MEMBINA GENERASI CEMERLANG AL-QURAN


HAJI MOHD AZLAN BIN HAJI SUHAIMI
Pengerusi
Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak

LAGI

PROGRAM PENGIKHTISASAN PERGURUAN TAHFIZ

PROGRAM PENGIKHTISASAN PERGURUAN TAHFIZ (PPPT) NEGERI PERAK BAGI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM 3) PENGAJARAN TAHFIZ MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENGALAMAN TERDAHULU -PPT

Anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

"Menjelang Tahun 2022 atau 2023, disyaratkan mana-mana madrasah atau Maahad Tahfiz Al-Quran mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru tahfiz yang telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Pengajaran Tahfiz."

📆Tempoh pengajian: 4 bulan (2 hari sebulan pada hujung minggu)
🗣️Pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian
🏙️Tempat : IPOH/Secara Online
💰Yuran : Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh JAIPk

Syarat-syarat permohonan:
📍Hendaklah berusia 21 tahun ke atas.
📍Warganegara Malaysia
📍Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 10 juzuk (Juzuk 30, 1-9). (sertakan dokumen sokongan)
📍Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang tahfiz atau pengajian al-Quran (sertakan dokumen sokongan)
📍Boleh menggunakan asas komputer

📍 Permohonan boleh dibuat melalui link berikut : BORANG PERMOHONAN

📍Tarikh tutup permohonan : 13 Ogos 2021 (Jumaat)

➡️Permohonan dibuka kepada guru-guru Maahad Tahfiz Swasta di Negeri Perak sahaja

➡️ DIWAJIBKAN bagi semua maahad tahfiz swasta di negeri Perak untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang guru tahfiz.

📍Calon yang berminat boleh menghubungi wakil PEMATAP:
Ustaz Abdul Hakim Razali di talian 011-292 24234

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan