https://tahfizperak.awfatech.com/pematap/content/news/newsf1_Pematap005_1627034908.jpg

KEMASKINI JUMLAH KUTIPAN FOOD BANK TAHFIZ PERAK

ASSALAMUALAIKUM

PUJI DAN SYUKUR DIPANJATKAN KEPADA ALLAH ATAS LIMPAH KASIH SAYANG-NYA, SELEPAS 3 HARI SOFT LAUNCHING DIBUAT UNTUK FOOD BANK TAHFIZ PERAK, RM8,530 BERJAYA DIKUMPULKAN.

KAMI BERHARAP AGAR LEBIH BANYAK KUTIPAN DAPAT DIKUMPULKAN DAN DAPAT MEMBERI MANFAAT YANG LEBIH BANYAK KEPALA GOLONGAN SASARAN DALAM KALANGAN WARGA TAHFIZ.

LAGI
https://tahfizperak.awfatech.com/pematap/content/news/newsf1_Pematap005_1626926810.jpg

SALAM AIDILADHA 1442H

MENGHAYATI HARI PALING AGUNG DI SISI ALLAH TAALA
 
ALLAH TAALA BERFIRMAN:
وَاذْكُـرُواْ اللّهَ فِـي أَيَّـامٍ مَّعْـدُودَاتٍ فَـمَن تَعَـجَّلَ فِـي يَوْمَـيْنِ فَـلاَ إِثْـمَ عَلَيْهِ
 
"DAN INGATLAH OLEH KALIAN ALLAH PADA HARI-HARI YANG TERBILANG, MAKA BARANGSIAPA YANG INGIN CEPAT BERANGKAT (DARI MINA) SESUDAH DUA HARI MAKA TIDAK ADA DOSA BAGINYA " (SURAH AL-BAQAARAH, 2:203)
ALLAH TAALA BERFIRMAN :
لِيَشْهَـدُوا مَـنَافِعَ لَهُـمْ وَيَذْكُـرُوا اسْـمَ اللَّهِ فِـي أَيَّـامٍ مَّعْلُـومَاتٍ عَلَـى مَا رَزَقَـهُم مِّـن بَهِيـمَةِ الْأَنْـعَامِ
 
"SUPAYA MEREKA MEMPERHATIKAN BERBAGAI MANFAAT BAGI MEREKA DAN SUPAYA MEREKA MENYEBUT NAMA ALLAH PADA HARI YANG TELAH DITENTUKAN ATAS REZEKI YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEPADA MEREKA BERUPA BINATANG TERNAK" (SURAH AL-HAJJ, 22:28)
 
DALAM HUBUNGAN INI. DALAM SEBUAH HADIS DARIPADA ABDULLAH BIN QURTH R.A., RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:
إنَّ أعظمَ الأيامِ عندَ اللهِ تباركَ وتعالى يومُ النحرِ ثمَّ يومُ القَّرِّ
 
MAKSUDNYA: “HARI YANG PALING AGUNG DI SISI ALLAH SUBAHANAHU WATAALA ADALAH HARI NAHAR, KEMUDIAN HARI QARR” RIWAYAT ABU DAUD (1765).
AL-NAHAR (النحر) BERMAKSUD PENYEMBELIHAN (الذبح). JUSTERU, 10 ZULHIJJAH DIJELASKAN SEBAGAI HARI AL-NAHAR KERANA DISYARIATKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH PENYEMBELIHAN HAIWAN KORBAN KEPADA YANG ADA KEMAMPUAN.
 
MANAKALA KALANGAN JEMAAH HAJI, HARI NAHAR BERMULANYA IBADAH MELONTAR DI JAMRATUL KUBRA, MENYEMBELIH BINTANG TERNAKAN YANG AFDHAL DILAKSANAKAN DI MINA, BERCUKUR ATAU BERGUNTING, MELAKUKAN TAWAF HAJI UNTUK PEROLEH TAHALLUL AWAL (HAJI IFRAD) DAN MELAKSANAKAN SAIE UNTUK PEROLEH TAHALLUL AWAL (HAJI TAMATTU').
 
MANAKALA HARI QARR ULAMA MENYATAKAN HARI 11 ZULHIJJAH ATAU HARI-HARI TASYRIQ 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH.
IA LEBIH BERSIFAT LANJUTAN KEPADA HARI NAHAR. IBADAH KORBAN DITERUSKAN SEHINGGA TERBENAM MATAHARI PADA 13 ZULHIJJAH. DAN DIPERINTAHKAN KITA MERAYAKAN SEHINGGA DIHARAMKAN UNTUK BERPUASA. ANALOGI PERAYAAN INI SEAKAN SATU KEMENANGAN KERANA MENYEMBELIH BINTANG TERNAKAN YANG BERSIFAT RITUAL KEHEBATAN IMAN NABI IBRAHIM AL-KHALIL YANG PATUH PADA JUA PERINTAH ALLAH TAALA SEHINGGA SANGGUP MENYEMBELIH ANAKNYA, NABI ISMAIL A.S.
 
JUSTERU, SUKA DISYORKAN KEPADA SETIAP YANG BERKORBAN, BISIK DI SUDUT HATI SEMOGA KITA DIKURNIAKAN IMAN SEHEBAT NABI IBRAHIM A.S. NAMUN KITA MERAYU JANGAN DIUJI SEPERTI UJIAN YANG DILALUI OLEH NABI IBRAHIM A.S.
DALAM PADA ITU, JEMAAH HAJI PULA MENERUSKAN IBADAH WAJIB HAJI ANTARANYA BERMABIT DI MINA DAN MELAKUKAN LONTARAN KETIGA-TIGA JAMRAH IAITU JAMARAHTUL SUGHRA, WUSTHA DAN KUBRA.
 
PADA JEMAAH HAJI, HARI TASYRIQ MERUPAKAN SATU KEMENANGAN BESAR BUKAN SAHAJA BERKORBAN TETAPI BERJAYA MENYEMPURNAKAN TUNTUTAN RUKUN ISLAM YANG KELIMA YANG WAJIB SEKALI SEUMUR HIDUP YANG ADA KEMAMPUAN.
SETERUSNYA, HARAPAN JEMAAH HAJI DAN KITA SEMUA MENJADI HAMBA ALLAH TAALA YANG SEBENAR.
ALLAH TAALA BERFIRMAN:
 
فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ (٢٠٠) وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (٢٠١) أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (٢٠٢) وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (٢٠٣)
 
BERMAKSUD: "APABILA KAMU TELAH MENYELESAIKAN IBADAH HAJI, MAKA BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH, SEBAGAIMANA KAMU MENYEBUT-NYEBUT NENEK MOYANG KAMU, BAHKAN BERZIKIRLAH LEBIH DARI ITU. MAKA DI ANTARA MANUSIA ADA YANG BERDOA, “YA TUHAN KAMI, BERILAH KAMI (KEBAIKAN) DI DUNIA,” DAN DI AKHIRAT DIA TIDAK MEMPEROLEH BAHAGIAN APA PUN" (SURAH AL-BAQARAH, 2 : 200)
 
"DAN DI ANTARA MEREKA ADA YANG BERDOA, “YA TUHAN KAMI, BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN LINDUNGILAH KAMI DARI AZAB NERAKA.” (SURAH AL-BAQARAH, 2 : 201)
"MEREKA ITULAH YANG MEMPEROLEH BAHAGIAN DARI APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN, DAN ALLAH MAHA CEPAT PERHITUNGANNYA." (SURAH AL-BAQARAH, 2 : 202)
والله أعلمُ بالـصـواب
 
DARIPADA,
USTAZ AZLAN SUHAIMI
LAGI
https://tahfizperak.awfatech.com/pematap/content/news/newsf1_Pematap005_1626926695.jpg

FOOD BANK TAHFIZ PERAK

BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN, MAAHAD TAHFIZ SWASTA DI NEGERI PERAK DIDAPATI TERKESAN KHASNYA DARIPADA ASPEK KEWANGAN. KEADAAN INI DIKENAL PASTI SETELAH PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NEGERI PERAK (PEMATAP) MENJALANKAN SOAL SELIDIK KEPADA MAAHAD-MAAHAD TAHFIZ SEKITAR SEBULAN YANG LALU.


MAJORITI MAAHAD TAHFIZ TIDAK BEROPERASI DAN SEPARUH DARIPADANYA HANYA MENGENAKAN YURAN PENGAJIAN YANG MINIMUM UNTUK MENJALANKAN PDPR MENGIKUT SARANAN JABATAN AGAMA ISLAM PERAK. HASIL DARIPADA SOAL SELIDIK YANG DIJALANKAN JUGA MENDAPATI BAHAWA LEBIH DARIPADA SEPARUH MAAHAD TAHFIZ HANYA MAMPU BERTAHAN UNTUK TEMPOH DUA HINGGA TIGA BULAN DAN SELEBIHNYA TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI.


SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PEMATAP MELANCARKAN "FOOD BANK TAHFIZ PERAK" UNTUK MENGUMPULKAN SUMBANGAN BARANG MAKANAN KEPADA GOLONGAN SASAR DALAM KALANGAN WARGA TAHFIZ BAGI TEMPOH 3 BULAN BERMULA JULAI HINGGA SEPTEMBER DENGAN NILAI BARANGAN SEBANYAK RM300 SEBULAN SETIAP GURU.


SUMBANGAN DANA SEBANYAK RM724,500 ADALAH DIPERLUKAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SUMBANGAN "FOOD BANK TAHFIZ PERAK" INI DAN SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI SERTA SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT AMAT DIALU-ALUKAN.

SEGALA SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN BANK BERIKUT:

NAMA AKAUN : PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NEGERI PERAK
NO. AKAUN : 08-095-0100-1228-1
NAMA BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

LAGI
https://tahfizperak.awfatech.com/pematap/content/news/newsf1_Root_1612333490.jpg

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI PEMATAP KEPADA Y.A.B MENTERI BESAR PERAK

26 JANUARI 2021, SELASA - KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI PEMATAP KEPADA Y.A.B. DATO’ HAJI SAARANI BIN MOHAMAD (MENTERI BESAR PERAK).

DI KESEMPATAN PERTEMUAN SINGKAT SEKITAR 20 MINIT, Y.A.B. MENTERI BESAR DAPAT MENDENGAR PERKEMBANGAN PEMATAP SEJAK AWAL PENUBUHAN HINGGA KINI.

LAGI
https://tahfizperak.awfatech.com/pematap/content/news/newsf1_Pematap010_1609313479.jpg

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI PERAK ( PEMATAP )

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI PERAK ( PEMATAP ) TELAH BERLANGSUNG PADA 29 DISEMBER 2020 BERTEMPAT DIBILIK TAKLIMAT PEMATAP.

LAGI
https://tahfizperak.awfatech.com/pematap/content/news/newsf1_Pematap010_1608168044.jpg

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN PERAK (PEMATAP)

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NEGERI PERAK
(PEMATAP)
 
16 DISEMBER 2020
 
BELANJAWAN NEGERI PERAK TAHUN 2021
(PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH PONDOK DAN TAHFIZ SWASTA)
LAGI

Page 1 of 2