Image Banner

KENYATAAN RASMI PEMATAP

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π—₯π—”π—¦π— π—œ
"π—žπ—˜π—žπ—˜π—¦π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—§π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 π—§π—”π—π—¨π—ž π—•π—˜π—₯π—œπ—§π—” π—¬π—”π—‘π—š π——π—œπ—¦π—œπ—”π—₯π—žπ—”π—‘ π—’π—Ÿπ—˜π—› π—£π—œπ—›π—”π—ž π— π—˜π——π—œπ—” π—•π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—š π—žπ—˜π—¦ π—§π—˜π— π—•π—”π—žπ—”π—‘ π——π—œ π—žπ—Ÿπ—œπ—”"
LAGI

SEKALUNG TAHNIAH PELANTIKAN CEO MAIPK YANG BAHARU

Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak berkuat kuasa pada 1 April 2024.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS TUAN β€οΈ

LAGI

MAJLIS IFTAR PERDANA WARGA TAHFIZ

Alhamdulillah pada 30 Mac 2024, Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak dan Masjid Ar Rahmaniah Felda Lasah telah mengadakan Majlis Iftar Perdana Warga Tahfiz. Majlis bermula selepas Asar dengan ucapan YBhg. Dato' Mohd Azlan bin Suhaimi selaku Pengerusi Masjid Ar Rahmaniah. Para hadirin kemudian diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al Quran daripada anak-anak pelajar tahfiz. Seterusnya sebelum berbuka puasa, diadakan juga Majlis Tahlil Arwah dan pengisian kemuncak adalah Solat Terawih dan Witir yang diimamkan oleh anak-anak tahfiz. Pihak kami berterima kasih atas kehadiran anak-anak tahfiz dalam majlis yang diadakan.

LAGI

WEBINAR SERANTAU

Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua pengusaha/mudir/guru maahad tahfiz.

Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan dalam perlindungan Allah S.W.T.

WEBINAR SERANTAU: KELESTARIAN PENGAJIAN TAHFIZ PASCA PANDEMIK COVID 19

Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), dan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dengan penglibatan dan pembentangan panel oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Yayasan Pahang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan WEBINAR SERANTAU: KELESTARIAN PENGAJIAN TAHFIZ PASCA PANDEMIK COVID-19.

Program ini menggariskan beberapa objektif seperti membina kelestarian Institusi Tahfiz dan daya tahan sustain Institusi Tahfiz mendepani arus perdana pendidikan negara dan memperkasa bidang pendidikan serta pengajian tahfiz dengan menggubal dasar Jaminan Kualiti Pengajian Tahfiz.

Program ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“ Tarikh : 22 September 2021

πŸ“ Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang

πŸ“ Pendaftaran Peserta : KLIK SINI

*Link Pra-Webinar akan diperolehi selepas pendaftaran dilakukan.

Setiap Maahad Tahfiz boleh menghantar 3 orang wakil (2 orang dari maahad tahfiz,seorang wakil PIBG) bagi menyertai program ini. e-Sijil disediakan bagi setiap pendaftaran.

Webinar ini juga boleh dilayari melalui pautan πŸŽ₯Live Streaming Youtube (USASTV Media)
dan πŸ“˜Facebook (Universiti Sultan Azlan Shah) (Permata al-Quran)* (Istitut Kemahiran Islam Darul Ridzuan - IKDAR)

LAGI

PROGRAM TAHFIZ TVET

Tawaran Kemasukan ke Program Kemahiran Teknologi Kompentesi Kimpalan
 
PELUANG kepada para pelajar Tahfiz dalam Program Tahfiz TVET
 
1. Teknologi Kimpalan (Persijilan) selama 3 bulan dan penyambungan ke peringkat Diploma tahap 4 dan 5
2. Tanpa kelayakan SPM
3. Berumur 17 tahun ke atas
4. Mempunyai Hafalan 10 Juz
 
Berminat, sila hubungi:
 
Ust Ismail
0135298595
 
Ust Syafik
0135047794
 
Tarikh kemasukan program pada:
 
04 Oktober 2021
 
Permohonan sebelum:
 
30 Sept 2021
 
Whatsapp maklumat berikut:
 
1. Nama
2. No K/P
3. Alamat
4. No. Tel
5. Bilangan Juz
 
Tawaran terhad kepada 20 orang sahaja
LAGI

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PROGRAM PENGIKHTISASAN PERGURUAN TAHFIZ DILANJUTKAN

PROGRAM PENGIKHTISASAN PERGURUAN TAHFIZ (PPPT) NEGERI PERAK BAGI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM 3) PENGAJARAN TAHFIZ MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENGALAMAN TERDAHULU -PPT

Anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

"Menjelang Tahun 2022 atau 2023, disyaratkan mana-mana madrasah atau Maahad Tahfiz Al-Quran mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru tahfiz yang telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Pengajaran Tahfiz."

πŸ“†Tempoh pengajian: 4 bulan (2 hari sebulan pada hujung minggu)
πŸ—£οΈPembelajaran secara bersemuka dan dalam talian
πŸ™οΈTempat : IPOH/Secara Online
πŸ’°Yuran : Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh JAIPk

Syarat-syarat permohonan:
πŸ“Hendaklah berusia 21 tahun ke atas.
πŸ“Warganegara Malaysia
πŸ“Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 10 juzuk (Juzuk 30, 1-9). (sertakan dokumen sokongan)
πŸ“Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang tahfiz atau pengajian al-Quran (sertakan dokumen sokongan)
πŸ“Boleh menggunakan asas komputer

πŸ“ Permohonan boleh dibuat melalui link berikut : BORANG PERMOHONAN

πŸ“Tarikh tutup permohonan :Β 10 September 2021 (Jumaat)

➑️Permohonan dibuka kepada guru-guru Maahad Tahfiz Swasta di negeri Perak sahaja

➑️ DIWAJIBKAN bagi semua Maahad Tahfiz Swasta di negeri Perak untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang guru tahfiz.

πŸ“Calon yang berminat boleh menghubungi wakil PEMATAP:
Ustaz FaizalΒ di talianΒ 010-312 7795

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan